nuffnang

ads

Sunday 20 October 2013

Apa itu UNIQUE VISITOR nuffnang?

Nuffnang: Apakah View & Unique Visitor

Assalamualaikum para pembaca blog Saya yang disayangi.. Ok, hujung minggu ini saya nak explain sedikit berkaitan dengan nuffnang yang selalu kita lihat dalam kebanyakan blog-blog. Saya pasti masih ramai pengguna-pengguna nuffnang di luar sana masih tak faham apakah itu view dan unique visitor yang tertera dalam analytics yang disediakan oleh Nuffnang kan?

Ok, di sini saya cuba jelaskan setelah merujuk beberapa sumber yang boleh dipercayai. Untuk mudah faham, saya sertakan gambar rajah di bawah ini.




Views: Berapa kali orang masuk blog kita. Kira macam hit la.
Uniques: Berapa orang yang masuk blog kita menggunakan IP address yang baru.

Tak faham lagi? Ok, lihat contoh di bawah:

12 malam : che na, che sue dan amina masuk blog kita. (maknanya ada 3 View dan 3 Uniques)

1 pagi : melah,sakinah, dan yusri masuk blog kita pula (Ada 3 views dan 3 uniques + dengan kat atas tu = 6 views dan 6 uniques)

2 pagi : che na dan yusri datang balik blog kita (So.. ada 2 views tapi uniques tak dikira sebab dorang dah datang tadikan. jadi 6 views + 2 views = 8 views dan 6 uniques)

3 pagi : sakinah, Rozita  dan ziana datang pula. (So.. sakinah dah datang tadi, tak kira uniques, kira views je. maknanya ada 3 views dan 2 uniques. jadi, 8 views + 3 Views dan  6 uniques + 2 uniques = 11 views dan 8 Uniques)

Begitulah untuk jam-jam berikutnya. Faham tak? 

Oct'13 Wacthlist - 20/10/2013

IRIS CORPORATION BERHAD



TEKNIKAL ANALISIS:

1. ZC - Harga diatas line ZC menunjukkan ada kekuatan untuk naik
2. MACD - Carta menunjukkan line merah atas line hitam mungkin hampir crossline...disitu ada menunjukkan kekuatan yang penting atas garisan '0'.
3. MFI berada dikedudukan tengah2 kemungkinan akan rebound.
4. Teknik StoRsi - Rsi 63.0 > 58.3 cun
5. Parabolic SAR - signal SELL tp indicator menujukkan trending..

FUNDAMENTAL ANALISIS

1. Jualan - RM568.5 Juta /  Asset - RM573.3 Juta
2. Profit - RM32.5 Juta
3. Cash Flow - RM50.3 Juta


Belajar Melabur Saham Di Bursa Malaysia

Assalamaualaikum dan salam sejahtera..
Tajuk entry saya hari ni pasal 'Belajar Melabur Saham Di Bursa Malaysia'.. sebenarnya saya kosong mengenai investment ni.. nak kata modal lg lah tak ada..tapi itu bukan alasan kita tak bolah nak menjana pendapatan sampingan. tapi suami saya membuka minda sy untuk mendalami tentang investment..walaupun risiko nya tinggi tapi pulangan berlipat kali ganda.. ini betul jika kita perlu berusaha dan bersabar mengawal emosi..ok xpayah nk bercerita panjang..nak tahu macam mana saya bermula..

Bagaimana saya bermula dengan saham...

Pergi sahaja mana2 Investment bank/broker house yang berdekatan..register untuk buka akaun CDS dan trading akaun..yuran hanya RM10 sahaja.. macam saya buka di Itrade Cimb bank dan OSKRHB investment.

Lepas sahaja saya register, hanya tunggu beberapa hari untuk approve dari pihak bank, remiser akan inform pada kita boleh log in sahaja dekat mana2 platform broker dan bolehlah melabur...masa tu pilihlah mana2 saham yang berkenan di hati kita.

sebelum membeli saham tu..cuba dahulu kaji fundamental dahulu macam latar belakang syarikat, berita terkini syarikat tu, apa projek syarikat tu sekarang..buat research surat khabar sikit di ruang ekonomi..

cara untuk beli saam kalau harga dekat kaunter saham seunit RM1, jumlah unit minimum saham yang dibeli adalah 100 unit x RM1 = RM100.. tp nak untung lebih invest la banyak sikit baru lah nampak sikit untungnya, macam saya recomennded RM1000 keatas. lg byk lagi bagus.. tp ingat modal tu mesti kna ada..

macam ni contoh platform saham saya...kat sini la saya selalu buat kajian analisis dan juga jual beli disini..





Friday 11 October 2013

OCT'2013 STOCK SAHAM TERBAIK

1. IRIS
Sekarang pasaran saham mula stabil seperti IRIS yg oversold akan naik semula. kalau lah dah beli hold ni selagi harga atas 0.230 IRIS bila-bila masa akan BOOM (kata ZAMSAHAM lah). Bila aku tgk chart IRIS ni mcm swing ja..Inshallah ada modal trus beli. Today Highest IRIS 0.260, Low 0.250.. hmmm.. simpan2.. 

2. MUIPROP
Dari info kajian Invest saham jika harga 0.175 harga dikatakan dijangka akan BOOM ke 20sen-26sen-0.325 sen. Remiser sy nasihatkan *elakkan main kontra dan dinasihatkan simpan sebab share float sikit tak sampai 30% dan company ini untung! (Buat trendline akan nampak harga dah breakout pada monthly chart).. hal ni dah diberi info pd 3 oct lps masa tu harga around 0.155sen-0.175sen. tapi hari ini harga saham MUIPROP 0.185sen-19sen.  hmmm..bestkan kalau dah beli pada harga 17sen n simpan. Bagi teknik storsi dikatakan storsi power up pd 0.185 sen pelabur boleh entry. Saham MUIPROP ni adik beradik dengan PMCORP. so kalau salah satu naik mesti antara saham tu akan naik. 

3. SUMATEC & SUMATEC-WA

Nak citer skit lah passl saham ni..aku tekad dan jual semua saham (GPRO) yg tak bernilai yang dah lama aku simpan, target aku jual saham tu nk swith ke saham yang boleh hold dan dapat profit untuk back up balik yang mana aku rugi..aku ni ada 2 remiser cimb itrade n oskrhb..masa tu (27sept harga around 0.45sen-0.470) dapat info saham ni boleh hold so aku terus beli (harga 0.46sen) tanpa kaji analisa chart dengan harapan boleh naik lah dan rasa cakap remiser aku ni betul. lepas2 ja aku beli terus ja jatuh dan breakout down 0.307sen n hari demi hari terus downtrend ke 0.215sen..aku pun sama jd down takut makin trun ke 10sen..mana tahu kan..so aku terpaksa tanggung rugi separuh dari aku beli..dan aku jual pada harga 0.23sen..inilah risiko nya..untuk peringatan rajin lah kaji chart sebelum beli dan beli pd harga senyap jagan beli pada pucuk2. Dan berita pada hari ni aku dapat info yang SUMATEC ni 
akan REBOUND!!!..SUMATEC akan rebound dari harga sekarang 0.555sen dan SUMATEC-WA 0.25sen. Keep and hold next week jalan lagi...ha..aku heran jugak ni..betul ke khabar angin ni..

Wednesday 9 October 2013

TIP MUDAH MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA: Kenapa Perlu Memiliki Rumah Sendiri

KENAPA PERLU MEMILIKI RUMAH SENDIRI???

Setiap orang mempunya alasan yang tersendiri untuk memiliki ruah sendiri. Kepada yang belum mempunyai rumah, impia tersebut diterjemahkan dengan bekerja dan mempunya wang dengan objektif untuk mendapatkan mahligai impian. Yang sudah mempunyai rumah, kita mungkin berangan-angan untuk mendapatkan rumah lebih cantik dan luas.

Berikut denarai antara jawapan kepada soalan 'Kenapa perlu memiliki rumah sendiri'

  1.  Meningkatkan nilai bersih (net worth) diri anda

Pada pendapat saya, ini adalah jawapan paling utama  pada soalan 'kenapa perlu memiliki rumah sendiri. sebagai contoh sekiranya anda membeli  sebuah rumah bernilai rm100,000, secara kasarnya nilai bersih anda bernilai rm100,000 juga. sekiranya anda terus menyewa, adakah dengan membayar sewa dapat meningkatkan nilai bersih anda tetapi disebaliknya anda meningkatkan nilai bersih tuan rumah anda. 

Malah, ianya penting juga apabila nilai rumah setiap tahun pasti akan meningkat. dalam masa lima tahun akan datang, rumah anda bernilai rm100,000 mungkin akan bernilai rm150,000. 

Dengan membeli rumah, anda dapat meningkatkan nilai bersih dengan lebih cepat. sebagai contoh, anda mungkin mengeluarkan deposit rm1,000 untuk membeli apartment yang berniali rm100,000. Pada tahun kedua, harga rumah tersebut mungkin naik sebanyak rm120,000. kemudian pada tahun berikutnya anda mebeli pula rumah bernilai rm150,000. jadi pada tahun kedua nilai bersih anda meningkat kepada rm260,000. Dengan mengulangi langkah tersebut beberapa kali, kemungkinan besar dalam masa lima ke sepuluh tahun, nilai bersih anda boleh meningkat ke RM1 juta. Bunyinya mcm mustahil tapi sebenarnya tidak.

Berlainan halnya sekiranya anda menyewa rumah, anda tidak boleh menjual atau membiayai semula rumah tersebut kerana rumah yang anda sewa bukan lah milik anda.

Jika dibandingkan membeli rumah dengan membeli kereta, nilai bersih anda semakin lama akan semakin menurun akibat penurunan harga kereta. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli kereta berharga RM60,000, sebaik sahaja kereta anda keluar daripada pusat jualan kereta, harganya pasti akan turun mungkin sebanyak RM5,000. Beberapa tahun akan datang, nilai kereta tersebut mungkin hanya tinggal separuh sahaja iaitu RM30,000. Jadi sebelum membeli kereta ada baiknya anda membeli rumah anda yang pertama dahulu.


2. Rumah sebagai pilihan insurans


Apabila kita membeli rumah, kebiasaannya kita diwajibkan mengambil insurans Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau jika menggunakan kemudahan perbankan islam lebih dikenali sebagai Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). Kedua-dua pelan MRTA atau MRTT melindungi anda selaku pemilik rumah sekiranya berlaku kamtian a0tau kecacatan kekal. baki pinjaman anda akan dibayar oleh pihak insurans kepada bank bagi membolehkan anda atau waris anda terus kekal tinggal di rumah yang anda beli tanpa perlu membayar sesen pun selepas itu. Sekiranya anda mempunyai beberapa buah rumah yang dilindungi pelan MRTA atau MRTT, anda secara tidak lansung telah pun mempunyai pelan insurans nyawa.

MRTA

Pada pendapat saya, adalah lebih baik anda mewariskan rumah anda khususnya kepada anak-anak anda sebagai tempat mereka berlindung yang akan terus melindungi mereka walaupun selepas anda telah tiada.
3. Rumah sebagai simpanan jangka panjang

Membeli rumah juga boleh dikategorikan sebagai satu bentuk simpanan atau pelaburan. BAyaran bulanan yang kita bayar kepada bank bolehlah dikatakan sebagai simpanan kerana pada akhir tempoh pinjaman, rumah tersebut menjadi hak milik mutlak anda. sebaliknya jika anda menyewa rumah, anda membantu tuan rumah untuk membuat simpanan jangka panjang.

Sekiranya anda menyewakan rumah tersebut, sebahagian daripada kutipan sewa boleh digunakan untuk membayar ansuran bulan bank dan jika terdapat lebihan, ia bolehlah dianggap sebagai bonus. Sebagai contoh:

Rumah Dibeli = RM 100,000 
Pinjaman Bank (Tempoh 30 tahun) = RM500
Rumah disewakan = RM800

Ini bermakna, penyewa rumah anda memberi bonus sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun. Pada akhir tempoh pinjaman, rumah tersebut menjadi milik mutlak anda dan kemungkinan harga rumah tersebut meningkat beberapa kali ganda.


Membeli hartanah di kawasan rendah kadar sewanya berbanding dengan bayaran bulanan kepada bank adalah tidak digalakkan terutamanya untuk rumah yang pertama. Sesetengah pakar hartanah menyarankan supaya mengenakan kadar sewa yang lebih tinggi sedikit daripada kadar bayaran ansuran bulanan pinjaman. Sebaik-baiknya, jumlah bayaran sewa selama 10 bulan boleh membayar kos pinjaman kepada bank untuk setahun atau 12 bulan. Ambil dua bulan sebagai keuntungan anda sebagai persediaan untuk membayar kos-kos lain seperti cukai, kos pembaikan dan waktu sela masa sebelum penyewa baru masuk menggantikan penyewa lama anda.




Monday 7 October 2013

Case Study: kaji pergerakkan saham PMCORP close 0.220

info dari remiser zamsaham:


PMCORP 3rd Call : SImpan utk 50% profit dari harga sekrang...agak dah lambat tapi insyaAllah ada lah sikit..
0.2250.23sen dengan suuport terdekat untuk TRENDING UP terbantut.Jika tak NEXT TARGET adalah 0.285sen dan sesiapa yang SImpan TARGETnya dalah 100% PROFIT.
Amin!


Post · 4 October at 13:11


-100% profit dalam masa 1hari-365 hari...
- PMCORP revenue 700 juta setahun dan ada tunai kat tangan 300juta!
-" baru pecah 'super' mega resistant
-Teknik "Z"...antara teknik 'duit pantas' yang diolah sepenuhnya oleh zamsaham!
 -harga 0.22sen ini bukan hendak Game over tetapi hanyalah correction utk NAIK lagi tinggi...


saham ni aku dah beli masa harga 0.230 td..masa tu harga menaik..elok2 dah filled boleh plak jatuh..hahahaha..ni la dia emosi pelabur..entry masa kaunter berkelip2...tp xpa nasihat remiser hanyalah correction untuk naik lebih tinggi..harini saham close 0.220 high 0.240, low 0.215..

so mlm ni sy buat semakan untuk kaunter ini..

kaji dan semakan pmcorp aku
hasil daripada teknikal analisis ku menggunakan teknik roket zamsahaham...seperti gambar dibawah..


Daripada kajian mlm td.. Carta xbrapa nak cun.. Tp kalau carta monthly pncorp ni mmg Akan naik..










































ads