nuffnang

ads

Monday 7 October 2013

Betulke Main Saham Kontra Untuk Keuntungan Cepat Dan Berganda????



Apakah yang dinamakan bermain saham kontra?

Kadangkala kita dengar kisah seorang pelabur tua berbangsa Cina yang memakai seluar pendek dan dalam poketnya duit berkepuk kerana dia berjaya mendapatkan keuntungan saban hari di pasaran saham.

Terus terang saya katakan yang ini adalah satu cerita fiksyen dan kemungkinan ia terjadi sangatlah tipis kecualilah dia merupakan ahli sindiket saham atau pada masa itu pasaran saham berada dalam fasa SUPER BULL RUN sepertimana yang berlaku di tahun 1993 dahulu dimana pasaran saham boleh dikatakan naik hampir setiap hari.

Jadi apakah yang dinamakan bermain saham kontra ini?

Sebenarnya bila kita membeli satu-satu saham kita perlu membayarnya pada T+3 iaitu Transaction Day plus 3 working days. Jadi kita perlu membayarnya dalam tempoh itu dan kalau kita tidak membayarnya maka ia akan dipaksa jual (force selling) pada hari yang keempat. Untuk pengetahuan semua dahulu ditahun 90 an ianya adalah T+7 sebelum ditukar kepada T+5 dan sekarang T+3 antaranya untuk mengurangkan spekulasi di pasaran saham.

Jadi dalam hal ini, kita boleh menjualnya dalam tempoh tiga hari tersebut. Kalau harga saham itu naik maka kita bakal mendapat keuntungan atas angin tanpa mengeluarkan modal dan sebaliknya kalau ia jatuh maka kita perlu membayar kerugian yang dialami. Inilah maksudnya bermain saham kontra.

Dalam hal ini terus terang saya tidak menyarankan kepada para pelabur untuk bermain saham kontra kerana risiko kerugiannya yang begitu tinggi. Pelaburan sebenarnya ialah dengan melaburkan duit pada satu jangkamasa yang tertentu dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Namun demikian manusia sifatnya tak sabar maka dia selalunya ingin cepat, hari ini melabur esok inginkan keuntungan.

Kalau difikirkan pokok yang ditanam juga perlukan masa untuk tumbuh sebelum ia mengeluarkan hasil. Jagung contohnya mengambil masa 3 bulan sebelum dituai, pisang pula mengambil masa selama 10 bulan dan begitu jugalah seterusnya. Nak dapat anak juga kena tunggu selama 9 bulan 10 hari. Tiada yang begitu ekspress.

Apapun kalau anda mahu mendapat keuntungan cepat dengan cara kontra ini, beberapa elemen ini mesti diperhatikan.

1.   Kita buat analisa saham dari sudut fundamental, teknikal dan financial. Pastikan Price Earningnya rendah dan syarikat yang dipilih itu berpotensi untuk berkembang maju.
2.   Kemudian kita senarai pendekkan saham-saham tersebut.
3.   Seterusnya lihat samaada Pengarahnya ada membuat pembelian saham syarikatnya mahupun adakah syarikat itu disarankan oleh Research Houses.
4.   Setelah itu tunggu.
5.   Tunggu sehingga terdapat kenaikan volume yang ketara pada harga saham tersebut. Bila terdapat kenaikan volum atau jumlah pembelian maka pastinya harga sahamnya akan naik.
6.   Inilah masanya kita masuk membeli dan InsyaAllah kita akan dapat membuat keuntungan jangka masa pendek dengan cara ini. Untuk pengetahuan anda selalunya saham kukuh begini bila ia naik jarang ia kembali jatuh ke bawah tak seperti saham yang lemah.

Kalau kita melakukan transaksi kontra pada saham yang lemah dan kerugian maka masalahnya kita mungkin akan terkena dan dimainkan oleh sindiket saham. Kita beli pada harga yang tertinggi dan kemudian ia jatuh dengan lajunya.

Baru-baru ini saham HWGB boleh dijadikan contoh. Ia naik dari harga 0.40 menuju ke RM1.00 dengan begitu cepat dan ia jatuh dengan kadar yang cepat juga dan hari ini ia ditutup pada harga 0.65 sen. Silap haribulan ia akan jatuh jauh ke bawah lagi kerana kalau kita lihat penyata akaunnya ia mengalami kerugian yang berterusan dalam setiap suku tahunan.

Sebagai comtoh lain saham MITRA pula merupakan saham yang kukuh, jadi bila ia naik maka ia akan dapat bertahan di situ tanpa masalah. Pelanggan saya mula membelinya pada harga 1.07 dua bulan yang lalu dan kini ia berharga 2.13 atau kenaikan mendekati 100% dalam masa dua bulan.

Fikir-fikirkanlah.

Petikan diambil dari http://www.faizalyusup.net/


Bagi aku...memamng seronok bila main kontra bila dpt untung..memang happy sgt2...tapiiiiiiii!!!!!!...bila rugi rs down gila2..aku dah libatkan diri dlm saham hampir setahun..bila main kontra hasilnya untung Rm1,000 IKOT NASIB  BAIKLAH...TP BILA rugi rm10,000 XPA LA REDHA PASTU MAIN LAGI KONTRA n akhirnya.. setakat ni disebabkan ada main kontra aku dpt profit around rm7k n loss rm30k..jadi nasihat aku ELAKKAN LAH SGT2 MAIN KONTRA..KLU NAK MAIN PUN KNA ADA MODAL... 

so dalam soalan tajuk aku..JAWAPANNYA mmg betul boleh dpt keuntungan cpt dan berganda..tp ruginya lg la byk klu xboleh jual dgn harga target dalam masa 3hari (T3)..

1 comment:

ads