nuffnang

ads

Sunday, 20 October 2013

Apa itu UNIQUE VISITOR nuffnang?

Nuffnang: Apakah View & Unique Visitor

Assalamualaikum para pembaca blog Saya yang disayangi.. Ok, hujung minggu ini saya nak explain sedikit berkaitan dengan nuffnang yang selalu kita lihat dalam kebanyakan blog-blog. Saya pasti masih ramai pengguna-pengguna nuffnang di luar sana masih tak faham apakah itu view dan unique visitor yang tertera dalam analytics yang disediakan oleh Nuffnang kan?

Ok, di sini saya cuba jelaskan setelah merujuk beberapa sumber yang boleh dipercayai. Untuk mudah faham, saya sertakan gambar rajah di bawah ini.




Views: Berapa kali orang masuk blog kita. Kira macam hit la.
Uniques: Berapa orang yang masuk blog kita menggunakan IP address yang baru.

Tak faham lagi? Ok, lihat contoh di bawah:

12 malam : che na, che sue dan amina masuk blog kita. (maknanya ada 3 View dan 3 Uniques)

1 pagi : melah,sakinah, dan yusri masuk blog kita pula (Ada 3 views dan 3 uniques + dengan kat atas tu = 6 views dan 6 uniques)

2 pagi : che na dan yusri datang balik blog kita (So.. ada 2 views tapi uniques tak dikira sebab dorang dah datang tadikan. jadi 6 views + 2 views = 8 views dan 6 uniques)

3 pagi : sakinah, Rozita  dan ziana datang pula. (So.. sakinah dah datang tadi, tak kira uniques, kira views je. maknanya ada 3 views dan 2 uniques. jadi, 8 views + 3 Views dan  6 uniques + 2 uniques = 11 views dan 8 Uniques)

Begitulah untuk jam-jam berikutnya. Faham tak? 

No comments:

Post a Comment

ads