nuffnang

ads

Monday, 7 October 2013

PELABUR BIASA lwn PELABUR HEBAT

Lazimnya terdapat 2 ciri utama tabiat pelabur.
Tabiat mereka inilah yang menentukan sama ada mereka mampu ‘Buat Duit’ atau tidak melalui pelaburan, terutamannya pelaburan unit amanah.
Ramai orang yang terdedah dalam industri pelaburan mengatakan terdapat hampir 90% pelabur mempunyai tabiat yang kurang tepat terhadap pelaburan mereka. Betulkah kenyataan itu? Saya tidak pasti, tetapi mengikut kajian-kajian psikologi memang ramai orang yang akan suka bertindak ‘terbalik’. Ia sama seperti hanya 5% sahaja orang yang berani dan mencari sebab untuk berjaya, sedang 95% lagi adalah orang yang suka memberi alasan serta lebih selesa berada pada tahap biasa. Mereka memanggil pelabur-pelabur itu sebagai ‘Pelabur Biasa’.

Para ‘Pelabur Biasa’ lazimnya tidak percaya kepada matlamat kewangan mereka, sesetengahnya langsung tidak meletakkan objektif kepada pelaburan mereka. Mereka mudah panik apa dengan turun naik pasaran serta banyak menggunakan emosi/perasaan untuk membuat keputusan. Mereka lebih suka dan percaya kepada pandangan dan nasihat individu tidak berkaliber yang menyebelahi emosi mereka.
Berlainan dengan ‘Pelabur Hebat’. Para pelabur ini, memang suka melabur. Mereka sanggup menimba ilmu untuk mengetahui potensi dan cara untuk mencapai matlamat kewangan mereka melalui pelaburan. Mereka bercita-cita untukkaya dan akan mengambil tindakan di atas setiap peluang untuk memastikan matlamat mereka tercapai.
Lazimnya, “Pelabur Hebat’ tidak mudah panik. Mereka mempunyai objektif pelaburan yang jelas. Mereka tidak akan mengganggu pelaburan mereka sehinggalah matlamatnya tercapai. Bagi yang lebih agresif, pastinya mereka akan terus menambah pelaburan mereka. Mereka tidak takut rugi, mereka  mahu untung dan mahu laksanakan strategi yang menguntungkan. Mereka juga tidak suka terburu-buru kerana mereka amat faham bahawa setiap pelaburan dan untung perlukan masa yang tertentu. Bagi mereka adalah diluar tabii’ jika menanam pokok untuk menuai hasilnya sebelum pokok itu tiba masa untuk berbuah.
Rajah di bawah menunjukkan tabiat dan tindakan “Pelabur Hebat’.

Jadi, sebagai perunding pelaburan unit amanah anda perlu memahami keadaan ini. Selanjutnya anda perlulah tahu bagaimana bertindak betul ke atas para pelabur anda.
Kita perlu tahu bahawa, perunding juga ada 2 jenis tabiat. Ianya tidak jauh berbeza dengan tabiat pelabur di atas. Ada perunding yang biasa dan ada juga perunding yang hebat. Untuk kita sama-sama berjaya dan kaya seperti pelabur kita, maka kita juga perlu menjadi perunding yang hebat.
Selamat Berniaga

petikan di ambil dari http://investop.wordpress.com


1 comment:

ads