nuffnang

ads

Wednesday 9 October 2013

TIP MUDAH MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA: Kenapa Perlu Memiliki Rumah Sendiri

KENAPA PERLU MEMILIKI RUMAH SENDIRI???

Setiap orang mempunya alasan yang tersendiri untuk memiliki ruah sendiri. Kepada yang belum mempunyai rumah, impia tersebut diterjemahkan dengan bekerja dan mempunya wang dengan objektif untuk mendapatkan mahligai impian. Yang sudah mempunyai rumah, kita mungkin berangan-angan untuk mendapatkan rumah lebih cantik dan luas.

Berikut denarai antara jawapan kepada soalan 'Kenapa perlu memiliki rumah sendiri'

  1.  Meningkatkan nilai bersih (net worth) diri anda

Pada pendapat saya, ini adalah jawapan paling utama  pada soalan 'kenapa perlu memiliki rumah sendiri. sebagai contoh sekiranya anda membeli  sebuah rumah bernilai rm100,000, secara kasarnya nilai bersih anda bernilai rm100,000 juga. sekiranya anda terus menyewa, adakah dengan membayar sewa dapat meningkatkan nilai bersih anda tetapi disebaliknya anda meningkatkan nilai bersih tuan rumah anda. 

Malah, ianya penting juga apabila nilai rumah setiap tahun pasti akan meningkat. dalam masa lima tahun akan datang, rumah anda bernilai rm100,000 mungkin akan bernilai rm150,000. 

Dengan membeli rumah, anda dapat meningkatkan nilai bersih dengan lebih cepat. sebagai contoh, anda mungkin mengeluarkan deposit rm1,000 untuk membeli apartment yang berniali rm100,000. Pada tahun kedua, harga rumah tersebut mungkin naik sebanyak rm120,000. kemudian pada tahun berikutnya anda mebeli pula rumah bernilai rm150,000. jadi pada tahun kedua nilai bersih anda meningkat kepada rm260,000. Dengan mengulangi langkah tersebut beberapa kali, kemungkinan besar dalam masa lima ke sepuluh tahun, nilai bersih anda boleh meningkat ke RM1 juta. Bunyinya mcm mustahil tapi sebenarnya tidak.

Berlainan halnya sekiranya anda menyewa rumah, anda tidak boleh menjual atau membiayai semula rumah tersebut kerana rumah yang anda sewa bukan lah milik anda.

Jika dibandingkan membeli rumah dengan membeli kereta, nilai bersih anda semakin lama akan semakin menurun akibat penurunan harga kereta. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli kereta berharga RM60,000, sebaik sahaja kereta anda keluar daripada pusat jualan kereta, harganya pasti akan turun mungkin sebanyak RM5,000. Beberapa tahun akan datang, nilai kereta tersebut mungkin hanya tinggal separuh sahaja iaitu RM30,000. Jadi sebelum membeli kereta ada baiknya anda membeli rumah anda yang pertama dahulu.


2. Rumah sebagai pilihan insurans


Apabila kita membeli rumah, kebiasaannya kita diwajibkan mengambil insurans Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau jika menggunakan kemudahan perbankan islam lebih dikenali sebagai Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). Kedua-dua pelan MRTA atau MRTT melindungi anda selaku pemilik rumah sekiranya berlaku kamtian a0tau kecacatan kekal. baki pinjaman anda akan dibayar oleh pihak insurans kepada bank bagi membolehkan anda atau waris anda terus kekal tinggal di rumah yang anda beli tanpa perlu membayar sesen pun selepas itu. Sekiranya anda mempunyai beberapa buah rumah yang dilindungi pelan MRTA atau MRTT, anda secara tidak lansung telah pun mempunyai pelan insurans nyawa.

MRTA

Pada pendapat saya, adalah lebih baik anda mewariskan rumah anda khususnya kepada anak-anak anda sebagai tempat mereka berlindung yang akan terus melindungi mereka walaupun selepas anda telah tiada.
3. Rumah sebagai simpanan jangka panjang

Membeli rumah juga boleh dikategorikan sebagai satu bentuk simpanan atau pelaburan. BAyaran bulanan yang kita bayar kepada bank bolehlah dikatakan sebagai simpanan kerana pada akhir tempoh pinjaman, rumah tersebut menjadi hak milik mutlak anda. sebaliknya jika anda menyewa rumah, anda membantu tuan rumah untuk membuat simpanan jangka panjang.

Sekiranya anda menyewakan rumah tersebut, sebahagian daripada kutipan sewa boleh digunakan untuk membayar ansuran bulan bank dan jika terdapat lebihan, ia bolehlah dianggap sebagai bonus. Sebagai contoh:

Rumah Dibeli = RM 100,000 
Pinjaman Bank (Tempoh 30 tahun) = RM500
Rumah disewakan = RM800

Ini bermakna, penyewa rumah anda memberi bonus sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun. Pada akhir tempoh pinjaman, rumah tersebut menjadi milik mutlak anda dan kemungkinan harga rumah tersebut meningkat beberapa kali ganda.


Membeli hartanah di kawasan rendah kadar sewanya berbanding dengan bayaran bulanan kepada bank adalah tidak digalakkan terutamanya untuk rumah yang pertama. Sesetengah pakar hartanah menyarankan supaya mengenakan kadar sewa yang lebih tinggi sedikit daripada kadar bayaran ansuran bulanan pinjaman. Sebaik-baiknya, jumlah bayaran sewa selama 10 bulan boleh membayar kos pinjaman kepada bank untuk setahun atau 12 bulan. Ambil dua bulan sebagai keuntungan anda sebagai persediaan untuk membayar kos-kos lain seperti cukai, kos pembaikan dan waktu sela masa sebelum penyewa baru masuk menggantikan penyewa lama anda.




2 comments:

  1. PINJAMAN CEPAT PENAWARAN ONLINE DI RAHMAT MORGAN PINJAMAN PERUSAHAAN ... Rahmat Morgan Pinjaman Perusahaan adalah penyedia terkemuka pinjaman Seluruh Dunia Tidak peduli apa kondisi keuangan Anda, kami dapat membantu mendapatkan cash.We Anda sendiri memberikan pinjaman untuk konsolidasi utang, perbaikan rumah, tanpa jaminan pinjaman, pinjaman kredit buruk, pinjaman bisnis, pinjaman pribadi, pinjaman mahasiswa, pinjaman Auto, mengurangi Kartu Kredit hutang, Real Estate dan hipotik pada tingkat bunga 2%. Menawarkan pinjaman online kami mudah dan cepat untuk apply.it adalah 100% Dijamin dan safe.do hubungi kami sekarang untuk lebih jelasnya AT Gracemorganloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BORROWERS APPLICATION DETAILS


    1. Name Of Applicant in Full:……..
    2. Telephone Numbers:……….
    3. Address and Location:…….
    4. Amount in request………..
    5. Repayment Period:………..
    6. Purpose Of Loan………….
    7. country…………………
    8. phone…………………..
    9. occupation………………
    10.age/sex…………………
    11.Monthly Income…………..
    12.Email……………..

    Regards.
    Managements
    Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete

ads